RSS Feed

Jumaat, 9 Disember 2011

Pembelajaran Al-Quran melalui Teknologi Terkini

Produk Hot di pasaran !!!
Cara terkini belajar Al-Quran,
Iqra & Doa-doa Pilihan

Kini tiada lagi masalah nak belajar.. bacaan Al-Quran dan Terjemahan diperdengarkan hanya dengan sentuhan




Al-Quran merupakan panduan dan rujukan utama bagi yang beragama Islam. Dulu seringkali kita dengar rungutan dari rakan-rakan dan keluarga terdekat tentang sukar nak cari guru nak belajar mengaji. Sekarang.. Alhamdulilah, seiring dengan era teknologi telah muncul pelbagai alternatif untuk mendalami ilmu Al-Quran.

Bermula dengan kaset, kepada CD, DVD, dan kini telah muncul 'Pen Al-Quran Digital'. Semoga perkembangan informasi ini dapat mengembangkan lagi syiar Islam. Produk ini bukan sahaja dibekalkan dengan Al-Quran.. tetapi juga dengan Iqra', Panduan Haji dan Umrah dan juga Doa-doa harian.


kelebihan menggunakan Quran ini adalah:
Disertakan se
batang pen dimana ianya akan mengikut bacaan apabila disentuh.
  •       Bacaan dari Qari terpilih diantaranya seperti Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-Matrud.
  •       30 Juzuk beserta terjemahan. Al Quran Digital ini lengkap bacaan Al Quran iaitu 114 surah atau 30 juzuk beserta bacaan untuk mempelajari Iqra' dan juga alih bahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk terjemahan.
  •       Pen digital turut boleh dijadikan MP3. Memory 4G.
  •       Boleh disambungkan pada aksesori lengkap di ‘Speaker’ atau ‘Ear Phone’ agar bacaannya lebih jelas.
  •       Boleh juga dengar semasa memandu jika kenderaan anda ada MP3.
  •       Anda juga boleh jadikan Al Quran Digital sebagai hantaran atau hadiah.

Pembelajaran tambahan juga disertakan.. Sangat Menarik!





Jika berminat, anda boleh hubungi saya di facebook atau SMS:
Facebook: http://www.facebook.com/yattilatif
SMS sahaja: 013-8785776

Isnin, 7 Februari 2011

Anak Amanah Allah s.w.t.

Assalamualaikum wbt..

Lamanya tak update blog ni.. alhamdulilah hari ni ada sedikit kesempatan. Kali ni nak cerita tentang cara mana nak didik anak-anak supaya kelak menjadi anak yang soleh dan insan  yang berjaya dunia dan akhirat. Bukan senang sebenarnya.. tapi mau tak mau kena lakukan sesuatu juga kan..

     Anak-anak adalah amanah yang diberi oleh Allah s.w.t kepada kita, jadi sudah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk memberi pendidikan yang sebaiknya kepada mereka. Ibu dan bapa lah yang mencorak anak-anak ini.

     Bagi anak-anak yang masih kecil, kita boleh ajar mereka secara tidak formal. Paling berkesan dengan memperlihatkan contoh tauladan kepada mereka. Bila azan kita solat, nak makan baca doa, masuk rumah baca doa, keluar rumah tutup aurat dan sebagainya. Biasanya anak-anak kecil ni akan ikut apa yang kita buat. Sebab tu jangan pula kita marah kalau anak-anak juga sibuk masa kita nak solat. Kita bentang sejadah, dia pula yang duduk atas sejadah.. :) Sebaiknya kita sediakan kelengkapan solat untuk mereka walaupun mereka masih kecil. Mereka pasti seronok dan insyallah amalan tersebut akan sebati dalam jiwanya..

     Kehidupan di akhir zaman yang mencabar ini, tentunya kita perlu memberikan ilmu sebagai bekalan untuk mereka mengharungi kehidupan. Bagi saya kita perlu imbangi ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu duniawi adalah untuk memudahkan kita menjalani kehidupan dunia sekaligus memudahkan kita mengejar ilmu ukhrawi yang membawa ke syurga Allah. Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk mendidik mereka dan pastinya dengan iringan doa.. Insyallah.
    

Sabtu, 8 Mei 2010

Janin Dalam Kandungan Sujud ketika Mendengar Ayat Al Quran

Sesungguhnya Islam itu Indah! Allah sentiasa memperlihatkan kita betapa hebatnya Kuasa Allah..  Kita sering dikhabarkan tentang awan yang membentuk kalimah ALLAH, kulit telur terukir kalimah Allah, pokok yang tumbuh membentuk kalimah 'lailaha illallah' dan sebagainya... cuma manusia sahaja yang tidak mahu berfikir..!!!

          Hari ini saya melihat video yang banyak memberi kesan kepada diri saya sendiri... Janin dalam perut ibu yang bergerak aktif dan secara tiba-tiba berubah tenang apabila diperdengarkan ayat suci Al Quran dibacakan.. Yang lebih menakjubkan apabila janin tersebut berubah kedudukan 'sujud' ketika ayat suci Al Quran dibacakan.. Subhanallah... betapa sucinya Ayat Al Quran.. betapa hebatnya Allah swt. Jika dibandingkan manusia sekarang, seolah-olah 'Al Quran' itu tidak bermakna apa-apa.. mereka yang mengaku beragama Islam kini hanya tinggal nama sahaja Islam. Sila klik untuk melihat video tersebut:

          Jika bayi yang sekecil itu patuh.. sujud hanya apabila mendengar ayat Al Quran, kita yang sudah dewasa.. boleh berfikir dengan waras, mengapa tidak terkesan dengan mukjizat besar Nabi kita Muhammad saw. Bagaimana tahap iman kita.. ???? Ya Allah.. Ampunkan segala dosa-dosaku...! Engkau peliharalah aku daripada tipu daya dan godaan syaitan..! Engkau lindungilah diriku, keluargaku, kedua ibubapaku, sahabat-sahabatku, seluruh muslimin dan muslimat sekalian alam..!

Rabu, 28 April 2010

KOC KHAS UNTUK WANITA - KTM

KERETAPI Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki. Laluan Pelabuhan Klang - Sentul - Pelabuhan Klang bermula hari ini. Manakala laluan Rawang - Seremban - Rawang akan dilaksana pada 15 Mei 2010.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KTMperkenalkockhasuntukwanita/Article

Isnin, 22 Februari 2010

KEINDAHAN ISLAM AKAN TERSERLAH JIKA DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN


Angkutan Awam Iran, Ikut Cara Islam.

Iran: Gambar atas dalam bas. Dibelakang ada sekatan khas untuk wanita. Gambar bawah dalam LRT, ada ruang khas untuk wanita. Pemerintahnya mengambil kira bataspbatas halal-haram dan percampuran bebas. Bolhkah dilaksanakan di Malaysia?


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Di Iran siri 1

SEMASA di Tehran, saya naik keretapi bawah tanah gerabak wanita diasingkan dari lelaki, kecuali yang bersama keluarga. Begitu juga bas-bas awan, tempat wanita di belakang, walaupun di sana hampir semuanya sudah berpakaian menutup aurat, bercadur. Teksi-teksi pun ada yang dikhaskan untuk wanita sahaja.
                           ........................................................................................
       Jika kita melihat keadaan di Iran (di atas).. pastinya rakyat Iran dapat merasai nikmat disebalik setiap suruhan dan larangan Allah. Orang perempuan tidak perlu lagi bersesak-sesak  atau berebut tempat duduk dengan kaum lelaki. Sekiranya percampuran lelaki dan perempuan bukan muhrim ini dapat dihindari pastinya gejala sosial dikalangan anak-anak muda dapat dikurangkan.. Malang bagi kita jika syaitan telah berjaya memutar belitkan pandangan dan pemikiran kita. Segala yang diperintahkan oleh Allah swt itu seringkali dianggap susah dan 'tak best'... manakala segala yang dilarang oleh Allah swt itu pula nampak lebih menarik dan menyeronokkan. MasyaAllah... semoga Allah pelihara diri kita, anak-anak kita, seluruh keluarga kita daripada tipu daya syaitan laknatullah..

       Jika ramai yang memahami pentingnya menjaga aurat samada  lelaki atau perempuan yang bukan muhrim pastinya tidak akan berlaku gejala sosial yang sedang menjadi-jadi dalam masyarakat kita kini. Sesungguhnya jika kita berpakaian mengikut cara Islam akan membantu kita daripada melakukan maksiat. Bayangkanlah seseorang yang berpakaian baju kurung lengkap dan bertudung labuh/bulat.. pastinya segan nak masuk panggung wayang. Apatah lagi pusat-pusat hiburan.. begitu juga dengan lelaki yang lengkap dengan songkok atau kopiah di kepala.. pastinya segan nak masuk tempat-tempat hiburan.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas tiap sesuatu.. Pasti ada hikmah disebalik suruhan dan laranganNya. Kita sebagai hambaNya hanya perlu taat sahaja tanpa ada rasa was-was... Yakinlah, Allah itu Sempurna SifatNya.. maka segala yang telah ditetapkanNya, diciptaNya pastinya tidak ada cacat celanya.. WallahuA'lam.

Jumaat, 15 Januari 2010

First Time join Jemaah Tabligh..


Assalamualaikum... lama tak update blog, sibuk sikit bila dah start kerja ni.. ni lagi awal-awal tahun ada saja amanah yang diberi oleh Tuan Guru Besar. Kita sebagai guru ni ikut je laa.. 


          Sebenarnya lama sudah saya nak kongsi cerita masa mula-mula masuk jemaah ni... Agak unik juga ceritanya, sebab saya mula terbuka hati nak join jemaah ni semasa kat Mekah... Di sana Allah telah temukan kita dengan karkun & karkunah ni.. Suami memang dah lama ikut jemaah ni semasa bujang-bujang dulu. Tapi sejak kawin slow sikit laa. Nak jadikan cerita.. semasa kat Mekah ni Suami seringkali diketemukan dengan karkun-karkun dari pelbagai negara dalam masjidilharam. Maka hati suami pun mula kembali hidup dengan suasana Agama, mula fikir Agama...  






          Saya pula sebelum ni memang pernah dengar tentang Tabligh ni.. tapi buat tak endah je la.. tapi masa kat Mekah ni tak tau kenapa tetiba ja hati cam tertarik nak join sekali.. Kat sana ada juga dengar bayan haji oleh seorang maulana (syura Malaysia juga.. dia 6 bln kat Mekah, 6 bln kat Malaysia), juga oleh seorang maulana dari Pakistan.. tak ingat dah namanya.. Situ la juga first time saya makan dalam talam ramai-ramai.. nasi briani kambing pula tu!! Rezeki... Ramai juga la yang dengar bayan tu dalam 2 bas besar.. bukan dari malaysia ja, dari negara-negara jiran pun ada.. dari Brunei, Thailand, Indonesia pun ada.. sempat juga kita ta'aruf sebelum mula bayan..


          Saya terpikat dengan persaudaraan yang diamalkan oleh karkunah-karkunah ni.. first time jumpa tapi cam dah bertahun-tahun kenal.. tu la kehebatannya! Lebih-lebih lagi saya yang boleh dikatakan orang baru nak belajar ni.. tak sikit pun rasa terpinggir. MasyaAllah... Subhanallah...


          Bila dah balik ke tanah air.. baru la mula belajar-belajar, pergi Ta'alim mingguan, keluar 3 hari... Subhanallah..!!! Semakin kita belajar.. semakin kecil pula rasanya diri kita ni.. makin banyak kita belajar.. makin banyak kekurangan yang kita dapat rasa dalam diri kita.. Siapalah diri kita, jika dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas.


          Alhamdulillah.. syukur, semua yang baik itu datangnya dari Allah swt. InsyaAllah saya akan belajar perlahan-lahan dengan sentiasa Memasukkan Kebesaran Allah SWT dalam hati dan Mengeluarkan Kebesaran makhluk... sentiasa bercakap tentang kebesaran Allah, sentiasa mendengar tentang kebesaran Allah, sentiasa melihat kebesaran Allah swt.. InsyaAllah!!!

Sabtu, 26 Disember 2009

Penanda buku (Bookmark)


Anda berminat bisnes ' PRINTING '..
            Bookmark (Penanda buku).. sesuai digunakan untuk semua. 
            
            Boleh design sendiri (khidmat design pun boleh), letak logo sendiri, nama individu, nama syarikat atau apa sahaja yang anda inginkan..


 
Contoh design.




     Cth. 1



         Cth. 2
       Cth 3  &  4     


           Minimum tempahan (printing) 250 keping untuk 1 design. Hanya RM0.80/keping...
Pakej 4 in 1 (250 X 4 design) = Hanya RM0.50/keping


Lebih banyak tempahan... lebih banyak diskaun yang anda dapat!!!