Pages

RSS Feed

Sabtu, 26 Disember 2009

Penanda buku (Bookmark)


Anda berminat bisnes ' PRINTING '..
            Bookmark (Penanda buku).. sesuai digunakan untuk semua. 
            
            Boleh design sendiri (khidmat design pun boleh), letak logo sendiri, nama individu, nama syarikat atau apa sahaja yang anda inginkan..


 
Contoh design.




     Cth. 1



         Cth. 2
       Cth 3  &  4     


           Minimum tempahan (printing) 250 keping untuk 1 design. Hanya RM0.80/keping...
Pakej 4 in 1 (250 X 4 design) = Hanya RM0.50/keping


Lebih banyak tempahan... lebih banyak diskaun yang anda dapat!!!

ZIKIR : Kajian sains



          Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.



           Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.



           Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.



           Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



          Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Amalkanlah!!



Sumber: http://telekungsolat.blogspot.com

Jumaat, 25 Disember 2009

Ujian datang tanda Allah sayang...


      Hujung tahun adalah sangat dinanti-nantikan bagi murid-murid dan guru-gurunya sekali... Kenapa ya??  Cuuutiiiiii...!!! Itu la kelebihan jadi guru sekolah. Sepanjang cuti tentu banyak perancangan kan... Nak melancong.. ziarah saudara mara di kampung.. pergi kenduri kendara.. tapi tak ramai yang merancang  untuk  mengisi masa cuti dengan  aktiviti yang memberi 'saham' bekalan untuk hari akhirat kelak. 


      Bagi keluarga saya sendiri, alhamdulillah.. nampaknya hubby terpilih untuk keluar 40 hari di daerah Pitas.. lebih kurang 6 jam dari kampung saya ni.. Oleh kerana cuti sekolah, saya balik kampung tinggal dengan mak dan abah.. bersama ke-5 lima anak saya.  Jadi tak la terasa sangat kesukarannya sebab ada neneknya.. tapi, semasa cuti ni ramai la yang mendirikan rumah tangga, termasuk la sepupu saya. Mau tak mau mak dan abah pergi la untuk membantu apa yang patut di sana.. (selama 3 hari). Haa.. di sini barulah mula cabaran.. tinggal anak beranak saja di rumah. Doa dan tawakal saja la.. anak saya masih kecil lagi.. (8 thn, 6thn, 4thn, 2thn..& 4bln..) Tapi kalau nak dibandingkan zaman Rasulullah.. apa la sangat pengorbanan kita hari ini.. ya la.. keperluan anak-anak cukup.. makanan cukup.. semua ada. Siap tinggalkan kereta lagi mana la tau nak beli keperluan.. 


Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:Kami, keluarga Muhammad saw. sering hidup selama satu bulan tidak menyalakan api (memasak), karena makananannya hanya kurma dan air. (Sahih Muslim:5280)  


      Saya nak kongsi la sikit cerita.. semasa tinggal dengan anak-anak. Masya Allah!!! Rezeki datang dengan tidak di sangka-sangka.. Time nak makan tengahari, datang makcik dari sebelah rumah bagi semangkuk keladi masak lemak.. apa lagi berselera la makan... Petang.. datang pula kuih cucur pisang dan apam balik.. Alhamdulillah.. nampaknya tak payah nak masak.. anak-anak pun tak banyak fi'il.. maklumlah.. perut dah kenyang.. Syukur alhamdulillah.. sesungguhnya Allah itu Maha Kaya.. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. itu baru ganjaran dunia yang Allah bagi.. belum lagi ganjaran akhirat..


      Pokok pangkalnya.. kita kena sabar  dalam menempuhi kehidupan kita seharian. Sifat sabar bukanlah sesuatu yang senang untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita.. orang selalu berkata.. "Sabar... kan sabar tu sebahagian daripada iman...". Saya sendiri selalu berkata demikian pada kawan-kawan atau pada anak-anak murid di sekolah. Hakikatnya cakap saja memang senang.. tetapi untuk menjadi orang yang sabar ini hanya Allah yang mengetahui betapa sukarnya. Firman Allah s.w.t   :

 Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk - (Al Baqarah : 45)

       Tapi, jika kita faham kenapa sesuatu ujian itu datang.. pasti kita akan muhasabah diri. Allah itu Maha Adil juga Maha Penyayang.. Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu). (Abdullah bin Mas'ud r.a)


      Ketahuilah, apabila kita diuji dan kita sabar Allah telah berjanji akan menggugurkan dosa-dosa kita.. Subhanallah!!!   Maka dengan janji-janji dan ganjaran yang bakal kita dapat.. relakan la suami kita keluar di jalan Allah. .Sama-sama kita tanamkan sifat sabar dalam diri kita (terutama diri saya sendiri). Sesungguhnya hanya Allah yang memberikan kita kesukaran dan hanya Allah sahajalah yang memberikan kita kemudahan.. kesenangan di dunia dan di akhirat.

Khamis, 24 Disember 2009

Dunia sekarang.....

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga saya membina blog sendiri... sebelum ni asyik ziarah, membaca blog rakan-rakan saja. Pada mulanya datang idea nak bina blog untuk bisnes la kononnya.... saya memang minat bab-bab bisnes ni.. lebih-lebih lagi dunia sekarang ada saja iklan produk baru muncul... teringin juga nak mencuba.

Nak dijadikan cerita.. satu hari tu masuk dalam satu blog, jual barang la juga.. tapi ada kelainan sedikit yang menyentuh hati saya.. produk dia satu je.. tapi blog dia ni penuh dengan kata-kata nasihat lebih-lebih lagi panduan berniaga mengikut sirah nabi . Fuhh!!! Terkesan juga saya... kecut juga perut bila membaca konsep perniagaan dalam Islam ni..

Makanya saya pun mengubah konsep blog saya ni daripada bisnes semata-mata kepada konsep yang lebih Islamik.. mungkin juga kesedaran ni datang berkat hubby yang sedang keluar 40 hari... syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberikan saya kesedaran..

Astaghfirullah... topik dah lari ni. Kita masuk semula line " Dunia sekarang... ". Sebenarnya saya cuma nak cerita yang dunia sekarang ni amat menakutkan dan menyedihkan. Kenapa menakutkan??? Sebab penghuni dunia sekarang ini sudah kurang sifat malu dan mungkin juga sudah hilang sifat malu tersebut. Maksiat ada dimana-mana.. yang pakai tudungnya, yang pakai kopiah putihnya juga tanpa rasa malu melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kenapa menyedihkan??? Sebab kemungkinan besar mereka ini ada pendidikan agama.. tapi malangnya syaitan dah berjaya menghanyutkan mereka dengan kemewahan dan keseronokan duniawi.. Semoga Allah sentiasa memelihara kita dari hasutan syaitan....

Harapan saya dengan adanya blog ini.. dapatlah kita bertukar-tukar idea, pendapat dan menambah ilmu pengetahuan dalam melaksanakan sunnah dalam kehidupan kita. Saya berpendapat, dengan cara kita amalkan sunnah dalam kehidupan kita, InsyaAllah kita akan sentiasa berada pada landasan yang betul dan diredhai Allah swt. Wallahu a'lam.