Pages

RSS Feed

Khamis, 24 Disember 2009

Dunia sekarang.....

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga saya membina blog sendiri... sebelum ni asyik ziarah, membaca blog rakan-rakan saja. Pada mulanya datang idea nak bina blog untuk bisnes la kononnya.... saya memang minat bab-bab bisnes ni.. lebih-lebih lagi dunia sekarang ada saja iklan produk baru muncul... teringin juga nak mencuba.

Nak dijadikan cerita.. satu hari tu masuk dalam satu blog, jual barang la juga.. tapi ada kelainan sedikit yang menyentuh hati saya.. produk dia satu je.. tapi blog dia ni penuh dengan kata-kata nasihat lebih-lebih lagi panduan berniaga mengikut sirah nabi . Fuhh!!! Terkesan juga saya... kecut juga perut bila membaca konsep perniagaan dalam Islam ni..

Makanya saya pun mengubah konsep blog saya ni daripada bisnes semata-mata kepada konsep yang lebih Islamik.. mungkin juga kesedaran ni datang berkat hubby yang sedang keluar 40 hari... syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberikan saya kesedaran..

Astaghfirullah... topik dah lari ni. Kita masuk semula line " Dunia sekarang... ". Sebenarnya saya cuma nak cerita yang dunia sekarang ni amat menakutkan dan menyedihkan. Kenapa menakutkan??? Sebab penghuni dunia sekarang ini sudah kurang sifat malu dan mungkin juga sudah hilang sifat malu tersebut. Maksiat ada dimana-mana.. yang pakai tudungnya, yang pakai kopiah putihnya juga tanpa rasa malu melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kenapa menyedihkan??? Sebab kemungkinan besar mereka ini ada pendidikan agama.. tapi malangnya syaitan dah berjaya menghanyutkan mereka dengan kemewahan dan keseronokan duniawi.. Semoga Allah sentiasa memelihara kita dari hasutan syaitan....

Harapan saya dengan adanya blog ini.. dapatlah kita bertukar-tukar idea, pendapat dan menambah ilmu pengetahuan dalam melaksanakan sunnah dalam kehidupan kita. Saya berpendapat, dengan cara kita amalkan sunnah dalam kehidupan kita, InsyaAllah kita akan sentiasa berada pada landasan yang betul dan diredhai Allah swt. Wallahu a'lam.

5 komen sikit.. banyak pun boleh..:

Ahliahnizam berkata...

Assalammualaikum wrt wbt ..
Tahniah atas blog akak/adik :). Insya-Allah semoga apa yg terkandung dalam blog ini akan dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yg berziarah seterusnya kepada pemilik blog ini juga, Insya-Allah.

Semoga Allah swt pilih kita dan zuriat keturunan kita untuk buat usaha agama ke seluruh alam hingga hari kiamat, Insya-Allah :)

izat berkata...

blog sapa tu kak? yg buat akak terkesaan tu? saya pun kena baca jugak ni nampaknya ni...

wah wah 1st pengomen dlm blog ni ialah ahliah nizam, pantas2.

ingatkan tadi saya nak jadi pengomen pertama, boleh lah masuk dlm sejarah blog ni sbg pengomen pertama. Tp kedua pun okay lah..

ummuqawim berkata...

Waalaikummussalam.. Ahliahnizam, saya akak kot. Masuk 33 dah saya tahun ni.. semoga Allah bagi kekuatan untuk saya meneruskan blog ini..

ummuqawim berkata...

Izat.. tu la.. akak jemput izat dulu, tp tabek la kat ahliahnizam.. sokongan yang padu..

Blog tu.. ntah la.. maklum la cuti2 sekolah ni, lebih2 lagi time hubby khuruj 40hr ni.. akak kluar masuk blog org je la.. Insyallah nanti akak cari balik. akak ada copy "Konsep perniagaan..." tu. Klu tak jumpa jg.. akak paste je la ya..

Syukran atas sokongan semua..

ummuqawim berkata...

Salam..

Izat.. akak dah jumpa blog yg akak cakap hr tu.. http://www.telekungsolat.blogspot.com/
baca la..

Catat Ulasan