Pages

RSS Feed
Memaparkan catatan dengan label Hebatnya Sunnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hebatnya Sunnah. Papar semua catatan

Isnin, 7 Februari 2011

Anak Amanah Allah s.w.t.

Assalamualaikum wbt..

Lamanya tak update blog ni.. alhamdulilah hari ni ada sedikit kesempatan. Kali ni nak cerita tentang cara mana nak didik anak-anak supaya kelak menjadi anak yang soleh dan insan  yang berjaya dunia dan akhirat. Bukan senang sebenarnya.. tapi mau tak mau kena lakukan sesuatu juga kan..

     Anak-anak adalah amanah yang diberi oleh Allah s.w.t kepada kita, jadi sudah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk memberi pendidikan yang sebaiknya kepada mereka. Ibu dan bapa lah yang mencorak anak-anak ini.

     Bagi anak-anak yang masih kecil, kita boleh ajar mereka secara tidak formal. Paling berkesan dengan memperlihatkan contoh tauladan kepada mereka. Bila azan kita solat, nak makan baca doa, masuk rumah baca doa, keluar rumah tutup aurat dan sebagainya. Biasanya anak-anak kecil ni akan ikut apa yang kita buat. Sebab tu jangan pula kita marah kalau anak-anak juga sibuk masa kita nak solat. Kita bentang sejadah, dia pula yang duduk atas sejadah.. :) Sebaiknya kita sediakan kelengkapan solat untuk mereka walaupun mereka masih kecil. Mereka pasti seronok dan insyallah amalan tersebut akan sebati dalam jiwanya..

     Kehidupan di akhir zaman yang mencabar ini, tentunya kita perlu memberikan ilmu sebagai bekalan untuk mereka mengharungi kehidupan. Bagi saya kita perlu imbangi ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu duniawi adalah untuk memudahkan kita menjalani kehidupan dunia sekaligus memudahkan kita mengejar ilmu ukhrawi yang membawa ke syurga Allah. Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk mendidik mereka dan pastinya dengan iringan doa.. Insyallah.
    

Sabtu, 26 Disember 2009

ZIKIR : Kajian sains



          Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.



           Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.



           Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.



           Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



          Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Amalkanlah!!



Sumber: http://telekungsolat.blogspot.com