Pages

RSS Feed

Jumaat, 15 Januari 2010

First Time join Jemaah Tabligh..


Assalamualaikum... lama tak update blog, sibuk sikit bila dah start kerja ni.. ni lagi awal-awal tahun ada saja amanah yang diberi oleh Tuan Guru Besar. Kita sebagai guru ni ikut je laa.. 


          Sebenarnya lama sudah saya nak kongsi cerita masa mula-mula masuk jemaah ni... Agak unik juga ceritanya, sebab saya mula terbuka hati nak join jemaah ni semasa kat Mekah... Di sana Allah telah temukan kita dengan karkun & karkunah ni.. Suami memang dah lama ikut jemaah ni semasa bujang-bujang dulu. Tapi sejak kawin slow sikit laa. Nak jadikan cerita.. semasa kat Mekah ni Suami seringkali diketemukan dengan karkun-karkun dari pelbagai negara dalam masjidilharam. Maka hati suami pun mula kembali hidup dengan suasana Agama, mula fikir Agama...  






          Saya pula sebelum ni memang pernah dengar tentang Tabligh ni.. tapi buat tak endah je la.. tapi masa kat Mekah ni tak tau kenapa tetiba ja hati cam tertarik nak join sekali.. Kat sana ada juga dengar bayan haji oleh seorang maulana (syura Malaysia juga.. dia 6 bln kat Mekah, 6 bln kat Malaysia), juga oleh seorang maulana dari Pakistan.. tak ingat dah namanya.. Situ la juga first time saya makan dalam talam ramai-ramai.. nasi briani kambing pula tu!! Rezeki... Ramai juga la yang dengar bayan tu dalam 2 bas besar.. bukan dari malaysia ja, dari negara-negara jiran pun ada.. dari Brunei, Thailand, Indonesia pun ada.. sempat juga kita ta'aruf sebelum mula bayan..


          Saya terpikat dengan persaudaraan yang diamalkan oleh karkunah-karkunah ni.. first time jumpa tapi cam dah bertahun-tahun kenal.. tu la kehebatannya! Lebih-lebih lagi saya yang boleh dikatakan orang baru nak belajar ni.. tak sikit pun rasa terpinggir. MasyaAllah... Subhanallah...


          Bila dah balik ke tanah air.. baru la mula belajar-belajar, pergi Ta'alim mingguan, keluar 3 hari... Subhanallah..!!! Semakin kita belajar.. semakin kecil pula rasanya diri kita ni.. makin banyak kita belajar.. makin banyak kekurangan yang kita dapat rasa dalam diri kita.. Siapalah diri kita, jika dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas.


          Alhamdulillah.. syukur, semua yang baik itu datangnya dari Allah swt. InsyaAllah saya akan belajar perlahan-lahan dengan sentiasa Memasukkan Kebesaran Allah SWT dalam hati dan Mengeluarkan Kebesaran makhluk... sentiasa bercakap tentang kebesaran Allah, sentiasa mendengar tentang kebesaran Allah, sentiasa melihat kebesaran Allah swt.. InsyaAllah!!!

6 komen sikit.. banyak pun boleh..:

Umma-ali berkata...

Salam, ahlan wasahlan...Allah telah dgn sengaja mencipta kita sebagai ummat Nabi akhir zaman saw, maka otomatik kita jadi pekerja2(karkun, karkunah) agama...Semoga dapat tambah korban jln Allah dan ajak lebih ramai wanita2 di luar sana untuk sama2 ambik fikir...Jom dtg melaka, 3h ke 10h ke...dstnya...

ummuqawim berkata...

W'salam..
Ummu-ali.. syukran. Doakan semoga ana dpt tasykil ahli keluarga ana..Insyallah, ada rezeki ana dtg melaka.. nak dtg sabah (markaz Beaufort) bgitau ana.. suami ana selalu nusrah kenderaan dr airport ke destinasi..

Aishah Nur Hakim berkata...

saya berazam. allah kuasa. moga dimudahkan

hafez berkata...

salam..bagus tu. saya pun nak suruh isteri saya kluar 3 hari juga

Ahmad Harith Izzuddin Ismail berkata...

MasyaALLAH . . tuan dr marhalah mana ? . . doakan saya untuk keluar 40 hari . . pada 20 NOV nih . . insyaallah . .

ummuqawim berkata...

semoga segalanya dipermudahkan Allah swt. Hubby ana pun azam keluar 40 hari cuti sekolah ni..

Catat Ulasan