Pages

RSS Feed

Rabu, 28 April 2010

KOC KHAS UNTUK WANITA - KTM

KERETAPI Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki. Laluan Pelabuhan Klang - Sentul - Pelabuhan Klang bermula hari ini. Manakala laluan Rawang - Seremban - Rawang akan dilaksana pada 15 Mei 2010.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KTMperkenalkockhasuntukwanita/Article

Alhamdulilah...dua bulan yang lalu, saya baru saja memaparkan tentang Kemudahan Komuter di Iran yang menyediakan angkutan awam mengikut cara Islam.. Hari ini kita di Malaysia juga telah dihadiahkan khabar gembira tentang 'Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter telah memperkenalkan Koc Khas untuk wanita'.
        Bagi saya ini satu perkembangan yang sangat baik kerana penting untuk semua pihak terutama pihak yang berkuasa untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi membendung masalah sosial yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. Namun demikian, ianya tidak diwajibkan untuk setiap wanita menggunakan koc tersebut, ia hanya sebagai pilihan sahaja. Maka di sini berbalik kepada cara kita mengaplikasikan adab-adab yang diajarkan Islam dalam kehidupan kita. Jika telah disediakan tempat untuk wanita mengapa tidak digunakan sepenuhnya kemudahan yang telah disediakan... Fikir-fikirkanlah!!!

       
     

0 komen sikit.. banyak pun boleh..:

Catat Ulasan